Sunday, September 13, 2009

Universiti

Universiti adalah satu nama yang mempunyai makna dan sejarah yang tersendiri. Ia adalah satu institusi menara gading yang menjadi mercu tanda ketinggian ilmu dan pendidikan dan semua budaya dan masyarakat.

Ada pula universiti yang dikelaskan dengan kelas-kelas tertentu...diberi bintang dan tanda yang menunjukkan maqam masing-masing. Seperti mana manusia yang mempunyai kedudukan masing-masing di mata masyarakat dan agama, universiti juga mempunyai kedudukan yang berbeza-beza. Apapun biarlah perbezaan itu seadanya kerana manusia dilahirkan dalam keadaan berbeza.

Apa yang saya ingin utarakan adalah, makna dan maksud sesuatu itu mesti difahami dan dihayati bagi mencapai makna hikmah dan falsafah makna yang tersembunyi dalam diri nama tersebut.

Kata "universiti" itu berasal dari kata "universe" yang merujuk kepada sekelian alam kosmologi. Adapun universiti yang dikita fahami adalah sebuat tempat yang didalamnya itu menyediakan modul pembelajaran mengikut peringkat pengjian yang berbeza-beza mengikut konsep dan falsafah serta nama jenis universiti yang dinamakan itu.

Universiti hari ini adalah tempat melahirkan mereka yang mempunyai ijazah dan sekeping kertas yang menggambarkan kedudukan dan maqam pembelajaran dan pendidikan. Apakah dapat dilahirkan manusia yang berjiwa manusia atau manusia berjiwa binatang dan berbadankan kebendaan dan hawanafsu. Ada dikalangan mereka yang selamat menjadi manusia dan ada juga di kalangan mereka menjadi lalat, haiwan tanpa rasa kasih sayang dan tak malu kepada diri sendiri, sanggup menjual agama dengan wang dan pangkat serta pelbagai kesilapan dan kegelojohan dalam melayari bahtera kehidupan sebagai seorang musafir.

Namun jika kita melihat orang tua kita yang tidak pernah memasuki mana-mana universiti telah berjaya membentuk anak-anak dan keluarga mereka menjadi manusia yang sebenarnya manusia. Alam ini dan seluruh makhluk yang wujud dalam universe ini adalah guru yang hidup dan taat kepada Pencipta Alam. Maka dengan sebab itu mereka dahulunya memahami kehidupan dan kemusafiran ini dalam kerangka yang luas, memahami alam dan sekelilingnya dengan penuh makna. Mereka tidak menjadi perosak kepada alam sekitar kerana mereka mempercayai dan beriktiqad bahawa setiap sesuatu yang hidup itu berzikir, mengenali akan Pencipta dan paling taat mengikuti perintah San Pencipta.

Kalau seketul batu, yang diletakkan di atas meja, ia tidak akan bergerak kekiri atau kekanan sehinggalah ada unsur dan anasir lain yang mengubahkannya. Takluk ketaatan mereka jelas dan terang. Begitu juga sepohon pokok kelapa yang ditanam tidak akan bergerak kekiri atau kekanan keatas atau kebawah kerana itulah tabiat dan takluk ketaatan yang telah diberikan oleh Pencipta Alam buana ini. Begitu juga seekor ikan tidak akan keluar dari takluknya untuk hidup tanpa air......selanjutnya...manusia yang adalah sebaik-baik makhluk adalah gabungan semua bentuk kewujudan dari sifat-sifat malaikat sehinggalah sifat-sifat kehaiwanan dan kebinatangan serta kebendaan dimiliki dan sebati dalam bentuk potentialiti dalam jiwa dan ruh manusia.

Para ibu bapa dan mereka yang telahmenjadi graduan kepada universiti alam ini telah berjaya menjadi pelayar dan musafir yang berhikmah dan berjiwa besar dalam mengembalikan kemanusiaan dan sifat-sifat sebenar manusia kepada anak didik mereka. Gagal memahami dan menjiwai universiti ini menyebabkan kelahiran manusia yang berjiwa separa binatang yang ternyata membuahkan segala bentuk penentangan kepada alam, manusia dan Tuhan.

2 comments:

  1. Kepimpinan adalah merupakan salah satu dari TIANG kehidupan selain PENCIPTA. Secata hakikatnya setiap makhluk yang diciptakan mempunyai struktur fitrah KEPIMPINAN nya yang tersendiri. Spesis yang wujud semuanya mempunyai hiaraki seperti itu. Lihat saja tumbuh-tumbuhan, dari sekecil-kecil tumbuhan sehinggalah ke sebesar-besar mempunyai ketuanya. Orang tua-tua dulu2 sehingga menggelar Raja kepada sesuatu jenis pokok. Begitu juga sang binatang yang berkaki empat atau selainnya juga mempunyai gelaran dan nama pada penguasa atau ketua dikalangan mereka. Sang Singa ghalibnya dikenali sebagai Raja di Rimba, lebah pun punya Raja dan Permaisuri dan begitulah bentuk penciptaan dan kejadian yang Allah ciptakan. Terdapat EMPAT kategori kejadian yang perlu difahami dan ianya menjadi asas utama untuk kita memahami kejadian dan penciptaan keseluruhannya.

    Pertama: Alam Benda
    Alam ini adalah ciptaan Allah yang tidak mempunya RUH. Ia mengambil tempat, ruang, dan masa. Wujudnya BENDA pasti berada pada sesuatu tempat dan mempunyai bentuk-bentuk yang tertentu. Kalau kita mengambil "jam" umpamanya sudah tentu ia mengambil sedikit ruang yang boleh dikira keluasannya dan jejari kedudukannya. Semua keadaan yang berkaitan dengan alam BENDA adalah jelas dan nyata. Takluk keupayaan pada diri benda itu adalah terhad. Jika kita melatakkannya pada satu tempat, maka ia tidak akan bergerak ke kiri atau ke kanan atau ke bawah atau ke atas selagi tidak ada unsur lain yang menggerakkannya. Jika ada yang menggerakkannya maka penggerak itu mesti digerakkan oleh penggerak yang lain sehingalah kepada FIRST CAUSE atau sebab pertama yang menyebabkan berlakunya gerakan tersebut. Dengan lain perkataan BENDA tersebut tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menggerakkan dirinya sendiri tetapi memerlukan penggerak yang lain. Keterbatasan ini adalah merupakan fitrah dan azali sifat-sifat yang Allah ciptakan dengan penuh hikmah dan filsafat.

    Jauh di sudut kebenaran dan ketetapan kita melihat bahawa BENDA itu MUSTAHIL untuk mempunyai usaha dan ikhtiar atau freewill untuk melakukan sesuatu yang bukan takluk penciptaannya.

    ...Bersambung

    ReplyDelete