Sunday, May 31, 2015

Tok Embun

Pukul empat pagi jam loceng berbunyi.  Tok Embun membuka matanya langsung bengun perlahan-lahan sambil duduk beliau mengucap syukur kerana umurnya bertambah sehari lagi.  Habis menyuarakan kesyukurannya Tok Embun terus sujud ke arah qiblat dan menangis sambil berdoa. "Ya Allah.  Inilah tingkat aku sebagai manusia, sujud dihadapan Mu ini adalah tanda kebahagiaan seorang hamba.  Aku tahu hambamu ini berdosa, seluruh anggota badan ku pun berdosa...apa lagi hati ku yang selalu berbuat dosa terdahapmu...Ya Tuhanku..ampunkanlah aku, suamiku yang telah lama meninggalkan ku, anka-anak dan semua cucu-cucuku agar mereka benar2 menjadi hambamu... berikahlah keberkatan dalam setiap perkara yang aku lakukan..Tok Embun terus berselawat selepas bangun dari sujudnya.


Tuesday, January 24, 2012

Kehilangan Makna: Kematian Diri dan Kecelaruan Ilmu

Setiap hari kita diacah dengan perlbagai perkara dan isu yang berkaitan dengan manusia, haiwan dan alam. Bangun pagi, radio dari pelbagai saluran membincangkan perihal manusia, gelagat dan perangai manusia sehinggkan menjadi berita dan masalah kepada manusia yang lain. Keunikan kejadian manusia dan kekompleksiti peranan dan perangai mereka amatlah sinonim dengan apa yang berlaku sehingga ke hari ini dan ke akhir zaman.

Bayangkan lah apabila semua saluran radio, tv dan mass media tiada menggunakan "Bahasa" dalam mempamerkan agenda dan isi kandungan motif mereka. Apa akan berlaku agaknya?? Perhubungan dan komunikasi kita hanya berasaskan kepada bahawa isyarat dan bahasa badan sahaja tanpa dapat dibaca dari penulisan dan bahasa tertentu.....cuba bayangkan....

Sunday, September 13, 2009

Universiti

Universiti adalah satu nama yang mempunyai makna dan sejarah yang tersendiri. Ia adalah satu institusi menara gading yang menjadi mercu tanda ketinggian ilmu dan pendidikan dan semua budaya dan masyarakat.

Ada pula universiti yang dikelaskan dengan kelas-kelas tertentu...diberi bintang dan tanda yang menunjukkan maqam masing-masing. Seperti mana manusia yang mempunyai kedudukan masing-masing di mata masyarakat dan agama, universiti juga mempunyai kedudukan yang berbeza-beza. Apapun biarlah perbezaan itu seadanya kerana manusia dilahirkan dalam keadaan berbeza.

Apa yang saya ingin utarakan adalah, makna dan maksud sesuatu itu mesti difahami dan dihayati bagi mencapai makna hikmah dan falsafah makna yang tersembunyi dalam diri nama tersebut.

Kata "universiti" itu berasal dari kata "universe" yang merujuk kepada sekelian alam kosmologi. Adapun universiti yang dikita fahami adalah sebuat tempat yang didalamnya itu menyediakan modul pembelajaran mengikut peringkat pengjian yang berbeza-beza mengikut konsep dan falsafah serta nama jenis universiti yang dinamakan itu.

Universiti hari ini adalah tempat melahirkan mereka yang mempunyai ijazah dan sekeping kertas yang menggambarkan kedudukan dan maqam pembelajaran dan pendidikan. Apakah dapat dilahirkan manusia yang berjiwa manusia atau manusia berjiwa binatang dan berbadankan kebendaan dan hawanafsu. Ada dikalangan mereka yang selamat menjadi manusia dan ada juga di kalangan mereka menjadi lalat, haiwan tanpa rasa kasih sayang dan tak malu kepada diri sendiri, sanggup menjual agama dengan wang dan pangkat serta pelbagai kesilapan dan kegelojohan dalam melayari bahtera kehidupan sebagai seorang musafir.

Namun jika kita melihat orang tua kita yang tidak pernah memasuki mana-mana universiti telah berjaya membentuk anak-anak dan keluarga mereka menjadi manusia yang sebenarnya manusia. Alam ini dan seluruh makhluk yang wujud dalam universe ini adalah guru yang hidup dan taat kepada Pencipta Alam. Maka dengan sebab itu mereka dahulunya memahami kehidupan dan kemusafiran ini dalam kerangka yang luas, memahami alam dan sekelilingnya dengan penuh makna. Mereka tidak menjadi perosak kepada alam sekitar kerana mereka mempercayai dan beriktiqad bahawa setiap sesuatu yang hidup itu berzikir, mengenali akan Pencipta dan paling taat mengikuti perintah San Pencipta.

Kalau seketul batu, yang diletakkan di atas meja, ia tidak akan bergerak kekiri atau kekanan sehinggalah ada unsur dan anasir lain yang mengubahkannya. Takluk ketaatan mereka jelas dan terang. Begitu juga sepohon pokok kelapa yang ditanam tidak akan bergerak kekiri atau kekanan keatas atau kebawah kerana itulah tabiat dan takluk ketaatan yang telah diberikan oleh Pencipta Alam buana ini. Begitu juga seekor ikan tidak akan keluar dari takluknya untuk hidup tanpa air......selanjutnya...manusia yang adalah sebaik-baik makhluk adalah gabungan semua bentuk kewujudan dari sifat-sifat malaikat sehinggalah sifat-sifat kehaiwanan dan kebinatangan serta kebendaan dimiliki dan sebati dalam bentuk potentialiti dalam jiwa dan ruh manusia.

Para ibu bapa dan mereka yang telahmenjadi graduan kepada universiti alam ini telah berjaya menjadi pelayar dan musafir yang berhikmah dan berjiwa besar dalam mengembalikan kemanusiaan dan sifat-sifat sebenar manusia kepada anak didik mereka. Gagal memahami dan menjiwai universiti ini menyebabkan kelahiran manusia yang berjiwa separa binatang yang ternyata membuahkan segala bentuk penentangan kepada alam, manusia dan Tuhan.

Musafir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini adalah hari pertama aku membuka blog aku tersendiri dan mencuba untuk mengutarakan idea dan pemikiran serta latihan pembinaan kerangka berfikir yang telah lama aku pendamkan. Blog ini juga bukanlah bertujuan untuk melakukan revolusi berfikir atau mengutarakan sesuatu yang baru dengan harapan mahu memberikan pengaruh atau penguasaan terhadap sesuatu. Adapun perbincangan dan diskusi serta dialog dalam blog ini Insya Allah amat terbuka dan masing-masing mempunyai hak dan kebebasan dalam berargumen. Kerangka blog ini adalah berasaskan kepada mahu memperbaiki diri terutamanya mahu menghidupkan aqal supaya agama dapat berada di atas asas yang benar dan kukuh sejajar dengan sifat semulajadi manusia seperti yang dikehendaki oleh ALLAH Tuhan sekelian alam.

Apabila aqal telah hidup maka hati juga akan hidup....jasad biologinya juga akan terarah kearah jalan musafir yang betul dan benar. Semua musafir yang berkelana ini akan singgah di tempat-tempat yang betul dan benar, andaikata mereka tersasar atau tersalah berteduh, ada isi hati dan aqal kecil yang memutar steering pemanduan untuk kembali bergerak di atas sirat al mustaqim.

Abu Mohsein